Jangkitan pada hati, Soffi Jikan ditahan wad semula selepas denggi & jangkitan kencing tikus

LocalHealth & Fitness
4 Aug 2025 • 4:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SATU persatu ujian menimpa pelakon  Soffi Jikan. Baru sahaja discaj dari wad selepas mengalami denggi dan jangkitan kencing tikus, aktor berusia 54 tahun itu sekali lagi dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh susulan masalah pada hati.

Memetik TikTok milik Mr Hasyim, aktor yang terkenal dengan watak antagonis kelihatan tidak bermaya dan kurang berselera menikmati hidangan ayam goreng.

image is not available

"Mula-mula abang Soffi masuk wad sebab kena air kencing tikus dan denggi.

"Lepas enam hari dalam wad dan discaj tup-tup demam kembali dan masuk semula ke wad semula," kongsinya.

Difahamkan, pelakon Paloh dan KL Gangster itu mengalami simptom sakit pada dada sebelum didiagnosis mengalami infeksi pada organ.

"Dada dia sakit dan hatinya disyaki ada jangkitan kuman. Sekarang dia di Hospital Sungai Buloh, Wad 4C," kongsinya.

image is not available

Perkongsian video berdurasi 15 saat itu mendapat perhatian daripada para peminat Soffi yang rata-rata mendoakan kesembuhan.

Leptospirosis kencing tikus boleh mendatangkan pelbagai simptom. Namun, ada juga penghidapnya yang tidak menunjukkan sebarang tanda.

Dalam kes yang serius, pesakit mungkin mengalami pendarahan yang serius dan kerosakan organ. Memetik portal Hello Doktor, individu yang mengalami leptospirasis berisiko untuk mengalami kegagalan hati.