Minum Terus Dari Tin Tanpa Basuh Ketika Daki Bukit, Pemuda Maut Akibat Kencing Tikus

LocalHealth & Fitness
24 Jul 2025 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kencing Tikus Maut

Kisah pilu kehilangan anak sulung selepas mendaki bukit bertukar tragedi apabila pemuda tersebut meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus.

Luahan si bapa menyentuh hati ramai apabila menceritakan detik terakhir bersama arwah yang dikenali sebagai Along.

Along pada mulanya kelihatan sihat dan bertenaga semasa menyertai pendakian bersama rakan-rakannya pada hari Ahad.

Namun, beberapa hari selepas itu, kesihatannya mula merosot dan berakhir dengan pemergian mengejut. Kejadian ini dikongsikan sendiri oleh bapanya dalam satu catatan panjang yang menyayat hati.

Hanya minum dari tin tak dibasuh, kuman serang organ dalam masa empat hari

image is not available

Menurut perkongsian, arwah Along dipercayai dijangkiti bakteria leptospira atau dikenali sebagai kencing tikus selepas minum air dari tin yang tidak dibasuh ketika pendakian.

Difahamkan, hanya arwah seorang sahaja daripada lima pendaki yang terkena jangkitan, menunjukkan betapa bahayanya tindakan kecil itu.

Air mata dah membasahi kami sekeluarga… Segala yang aku rancang dalam hidup selama ini akan musnah bila Along tiada nanti.

Along sempat ucap kata-kata terakhir sebelum pergi

image is not available

Walaupun dalam keadaan lemah, arwah sempat bercakap dengan ibu bapa dan adik-beradiknya buat kali terakhir menerusi panggilan telefon.

Along OK mama… Along OK… mana adik-adik untuk Along bercakap.

Lebih menyayat hati apabila bapanya menceritakan pemergian Along berlaku pada malam Jumaat dan darah masih mengalir perlahan dari hidung jenazah, sesuatu yang jarang berlaku menurut petugas hospital.

Arwah Along selamat dikebumikan di Kodiang Lama, bersebelahan pusara tokwannya. Pemergiannya dirasai ramai termasuk rakan-rakan dan sahabat ayahnya, Pak Din, yang bertungkus-lumus membantu sepanjang krisis.

Menurut doktor, kes jangkitan ini berpunca dari air kencing tikus pada permukaan tin minuman bukan dari air terjun atau pokok seperti yang biasa difikirkan orang ramai.

Sebagai penutup, si bapa memohon agar semua yang membaca kisah ini menghadiahkan Al-Fatihah buat anaknya.

Perkongsian penuh:

Pssttt! Salam takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah. Semoga kita semua ambil pengajaran supaya berjaga-jaga selepas ini.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.