“Janji nak ke garisan penamat bersama” – Rakan Sebak Haziq Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Entertainment
28 Feb 2025 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kita digemparkan dengan kematian seorang pelajar berusia 16 tahun yang rebah sebelum meninggal dunia ketika acara merentas desa di sebuah sekolah dekat Sungai Petani, Kedah.

Mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, dipercayai rebah sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan larian sejauh enam kilometer. Difahamkan, pelajar terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Rakan mangsa, Putra Hafiz Zaidi berkongsi antara perbualan terakhirnya dengan Allahyarham yang berjanji untuk menghabiskan larian merentas desa itu bersama-sama.

“Sebaik acara larian merentas desa dimulakan kami janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama, tetapi tak sangka dia ‘pergi’ dahulu,” katanya.

image is not available

Menurut laporan Kosmo!, mereka berdua menyasarkan untuk memperoleh pingat pada larian tersebut berikutan acara itu merupakan aktiviti sukan pertama sejak sesi persekolahan 2025 ini dibuka 12 hari lalu.

“Memang kami bersemangat dan menyasarkan untuk tiba ke garisan penamat lebih awal daripada pelajar lain, tetapi dia memecut laju meninggalkan saya di belakang.

Bila saya sampai di garisan penamat saya nampak dia rebah tidak sedarkan diri sebelum guru bertugas dan pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sedang memberi rawatan kecemasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu jenazah arwah dibawa pulang ke kediaman keluarga selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.