“Janji Tak Pukul Bini” – Pernah Nasihat Noh Jangan Jadi Beruk Atas Pentas, Netizen Ungkit Kes Awie Belasah Bekas Isteri

Music
6 Oct 2022 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sejak minggu lalu mengenai kisah penyanyi terkemuka, Noh Hujan didakwa telah meludah peminat di sebuah konsert yang diadakan baru-baru ini.

Meskipun insiden telah dinafikan oleh Noh, namun perkara tersebut turut diperkatakan oleh beberapa selebriti seperti Awie yang mengkritik tindakan penyanyi itu di atas pentas.

Kata Awie, artis atau penyanyi tidak sepatutnya ‘menunjuk-nunjuk’ masalah peribadi mereka ketika membuat persembahan apatah lagi mendatangkan rasa tidak selesa kepada peminat.

Namun begitu, kenyataan Awie itu telah mengundang kritikan daripada sesetengah netizen yang dilihat telah mengungkit kisah rumah tangga vokalis kumpulan Wings itu pada suatu ketika dahulu.

image is not available

Tak peduli dia nak ludah atas pentas atau kokak burung gagak, asalkan tak kena audience. Ni kau pun beruk, sampai lebam-lebam wife, ada hati nak panggil orang lain beruk.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan respon yang pelbagai terhadap kenyataan individu itu.

Ada yang bersetuju namun ada juga yang merasakan kes Awie yang didakwa memukul isterinya dahulu adalah satu perkara peribadi yang tak patut dibandingkan dengan kes Noh meludah di atas pentas.

Sorang pukul wife, sorang lagi curang, samala beruk.

Terdahulu, Awie ada mengeluarkan kenyataan tindakan Noh meludah di atas pentas tidak ubah seperti beruk dan tidak melambangkan jiwa seorang ‘rockers’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

“Ini Adalah Karma” - Suami Didakwa Pasang Skandal, Netizen Ungkit Kisah Curang Krisdayanti Dengan Anang