“Takpe Kot Ludah Atas Pentas, Janji Tak Pukul Isteri” – Tegur Noh Salleh, Netizen Ungkit Balik Kes Dato Awie

Music
6 Oct 2022 • 7:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perbuatan Noh Salleh yang meludah secara tiba-tiba di atas pentas telah menyebabkan vokalis kumpulan Hujan itu teruk dikecam warganet sehinggakan ada yang memintanya untuk berjumpa dengan pakar.

Bukan itu sahaja, Noh juga ditegur penyanyi rock ‘legend’ tanah air, Dato Awie yang menganggap perbuatan Noh itu bukanlah melambangkan seorang rockers sejati tetapi lebih kepada seorang beruk.

Netizen ungkit semula kes Awie pukul bekas isteri

Meskipun ramai yang menyokong kenyataan dikeluarkan Dato Awie itu, terdapat seorang netizen di Twitter tampil mengungkit semula kes yang melibatkan penyanyi lagu Sejati itu.

image is not available

Menurut pengguna Twitter itu, perbuatan meludah di atas pentas tidaklah seteruk memukul bekas isteri sehingga menjadi kes di mahkamah.

Dapat dilihat, kenyataan itu ditujukan kepada Dato Awie yang pernah terpalit dengan isu tersebut suatu ketika dahulu.

image is not available

Walaubagaimanapun, difahamkan ciapan dibuat pengguna Twitter itu telah pun dipadam selepas mendapat kecaman dari netizen lain kerana kenyataan yang dibuat Dato Awie itu adalah sekadar untuk menegur penyanyi supaya menjaga adab ketika membuat persembahan di atas pentas.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media