Janji Ungu untuk peminat di Sabah: Hanya akan membawakan lagu-lagu permintaan peminat dalam konsert

Music
17 Nov 2023 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SELEPAS hampir 10 tahun, band popular Indonesia Ungu sudah tidak sabar untuk melepaskan rindu terhadap peminat-peminat mereka di Sabah, hujung bulan ini.

Vokalisnya, Sigit Purnomo Said atau Pasha berkata peminat-peminat mereka di negeri ini sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan seni kumpulan itu sejak ia ditubuhkan pada 1996.

“Sudah agak lama Ungu tidak membuat persembahan di Sabah, kali terakhir pada 2012, iaitu hampir 10 tahun.

“Dapat kembali ke Sabah pasti akan menggamit nostalgia dan kami sudah sangat tidak sabar untuk bertemu para penyokong Ungu di sana,” katanya dalam sidang media secara virtual di Penampang, Selasa lepas.