Janna Nick Jadi Bualan Hangat Gara-Gara Sebut Perkataan ‘Perempuan Gila’ Dalam Podcast Bersama Fattah [Video]

EntertainmentOpinion
8 May 2025 • 12:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, program temubual seperti audio siar (podcast) makin mendapat tempat di hati ramai. Lihat sahajalah, banyak program podcast yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Kebiasaannya, topik yang menarik dan begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat sering menjadi tarikan pendengar.

Malah, tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti popular turut menjadi salah satu daya tarikan.

Contohnya seperti temubual di antara pengacara dan pelakon popular, Janna Nick bersama Fattah Amin menerusi Program Melodi Up-Close yang disiarkan di platform penstriman, Tonton baru-baru ini.

Netizen Kurang Senang Janna Nick Kerana Guna Perkataan ‘Perempuan Gila’

Namun, temubual tersebut menjadi perhatian apabila seorang pengguna Threads, @musangberjanggut meluahkan rasa kurang senang dengan penggunaan perempuan gila yang dinyatakan oleh Janna dalam temubual tersebut.

“Saya kurang senang dengan perkataan ‘perempuan gila’ yang digunakan oleh Janna Nick dalam podcast ini.

“Secara amnya, adakah anda sebagai seorang wanita hilang hormat sesama wanita dengan menggelarkan bekas isteri seorang lelaki sebagai perempuan gila?

“Wanita gila mana yang bangun tidur lalu dengan sengaja menfailkan cerai tanpa alasan kukuh?

“Wanita gila mana yang sanggup melihat bekas suaminya diam membisu mendengar bekas isteri dan ibu kepada zuriatnya digelar perempuan gila?” tulisnya.

Janna Nick Tanya Perasaan Lelaki Lepas Berpisah Dengan Pasangan, Umpamakan Bekas Isteri Sebagai ‘Perempuan Gila’

Menerusi sedutan video yang dikongsikan semula, Janna bertanyakan kepada Fattah tentang perasaan seorang lelaki setelah berpisah dengan isteri.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Janna menggunakan gelaran ‘perempuan gila’ berdasarkan pemikiran dan pandangan seorang lelaki yang merujuk kepada bekas isteri dalam situasi tersebut.

“Lelaki ini bila dah berpisah tu, dia rasa macam mana? Dia rasa happy ke? Dia rasa terlepas ke beban dia? Dia rasa macam ‘ah aku tak payah nak hadap perempuan gila tu ke?”  kata Janna.

Fattah Amin Terkejut Dengan Gelaran Yang Diberikan, Janna Tegas Tidak Merujuk Kepada Sesiapa

Kenyataan itu membuatkan Fattah yang mendengarnya kelihatan terkejut. Namun, Janna memberi penjelasan kenyataan itu bukan merujuk kepada bekas isteri pelakon utama Playboy Itu Suami Aku iaitu selebriti Nur Fazura.

“Bukan bekas isteri kau, aku cakap situasi lelaki, korang jangan salah. Situasi seorang lelaki yang rumah tangganya kecundang, seorang duda, duda ini rasa macam mana?” katanya.

Ramai Setuju & Kurang Senang Dengan Penggunaan Perempuan Gila

Hantaran yang mendapat 174,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dengan perkataan tersebut.

Ada yang mengecam namun ada juga memahami mesej yang cuba disampaikan oleh Janna.

Namun, majoriti warganet berpendapat penggunaan perkataan tersebut tetap tidak sesuai.

Pun begitu, ada segelintir yang dapat menerima penggunaan perkataan tersebut memandangkan wujud lelaki yang beranggapan sebegitu kepada pasangan.

Ini antara komen menarik warga Threads:

“Aku Faham Apa Janna Nak Cakap, Konteks Lelaki Bercerai Akan Ada Yang Membenci Isteri & Bercakap Begitu Tapi Silap Janna Cakap Umum Macam Ni, Tak Sesuai”

image is not available

“Ramai Kurang Cerdik, Hanya Orang Bijak Je Boleh Faham Apa Yang Disampaikan Oleh Janna Nick”

image is not available

“Janganla Salah Faham, Umpama Je Tu, Bukan Dia Cakap Faz Tu Gila, Janna Ni Kan Jenis Bersahaja”

image is not available

“Dear Janna Nick, Cuba Amalkan Fikir Dulu Sebelum Bercakap”

image is not available

“Fattah Amin Pun Terbeliak Biji Mata Bila Dia Cakap Perkataan Tu, Janna Nick Kena Belajar Banyak Lagi Pemilihan Perkataan”

image is not available

Source: