“Jarak 6.4km sehala saja” – Wanita Terkedu Khidmat Hantar Murid Ke Sekolah Cecah RM400 Sebulan

Entertainment
13 Jan 2025 • 2:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi ibu bapa bekerja dan tiada kesempatan untuk menghantar sendiri anak ke sekolah, rata-ratanya akan menggunakan khidmat atau mengupah orang bagi urusan penghantaran anak mereka.

Pastinya, jika menggunakan khidmat sebegini, bayarannya sedikit berbeza jika menggunakan perkhidmatan van atau bas sekolah.

Namun, hantaran daripada seorang wanita ini telah meraih pelbagai reaksi apabila mendapati kos penghantaran anaknya ke sekolah dengan menaiki kereta mencecah RM400 sebulan.

Dia yang terkejut dengan harga caj yang dikenakan itu bertanya kepada orang ramai adakah normal harga sebegitu.

Jelasnya, caj tersebut adalah hanya untuk urusan penghantaran sahaja serta jarak yang kurang daripada 10 kilometer (km) bagi tempoh Isnin hingga Jumaat untuk seorang anaknya.

Menerusi tangkap layar perbualan bersama penyedia perkhidmatan itu, dia dilihat memohon maaf sebaik sahaja mengetahui harga yang dikenakan kerana ia di luar bajetnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, segelintir netizen berpendapat harga tersebut disifatkan sebagai melampau kerana ada sahaja perkhidmatan yang dibayar jauh lebih murah.

Tidak kurang juga yang bersetuju dengan harga yang dikenakan kerana anak wanita tersebut tidak perlu bersesak dengan menaiki van atau bas sekolah.

image is not available image is not available

Masih tak logik RM400 untuk sehala

Susulan hantaran itu, wanita berkenaan menjelaskan dia telah membuat semakan harga menerusi aplikasi e-hailing.

Dia merasakan harga RM400 untuk sehala masih tidak logik kerana apabila membuat perbandingan dengan aplikasi berkenaan, harga sebulan bagi jarak dari rumah ke sekolah hanyalah sekitar RM200 sebulan.

image is not available

Apa pendapat korang tentang isu ni? Bagi korang ia masih berpatutan atau terlampau mahal caj yang dikenakan?

Sumber: Thread

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article