Jarak Umur 26 Tahun, Adakah Cha Eunwoo & Kim Namjoo Mampu Papar Keserasian Dalam ‘Wonderful World’?

10 Nov 2023 • 3:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Drama “A Good Day To Be A Dog” belum tamat, Cha Eun-woo nampaknya sudah menjalani penggambaran untuk dramanya yang seterusnya.

Sebelum ini, Cha Eun-woo telah disahkan bakal bergandingan dengan Kim Nam-joo dalam drama baru berjudul “Wonderful World”, mengikuti seorang wanita yang ingin membalas dendam selepas kehilangan tragis anak lelakinya.

Dalam drama ini, Kim Nam-joo akan membawa watak sebagai profesor Eun Soo-hyun, seorang yang terus ‘jatuh’ selepas kehilangan anak lelakinya. Manakala watak Cha Eun-woo adalah lelaki yang kehilangan ibu bapanya dan kedua mereka bertemu, untuk mengubati luka masing-masing.

image is not available

Bagaimanapun, gabungan antara dua pelakon itu telah membuatkan penonton tertanya-tanya tentang keserasian mereka nanti, dengan jarak umur yang besar iaitu 26 tahun.

Untuk pengetahuan, Cha Eun-woo berusia 26 tahun manakala Kim Nam-joo pula sudah mencecah usia 52 tahun, meningkatkan penantian penonton untuk melihat gandingan mereka berdua.

Sementara itu, “Wonderful World” dijangka bakal menemui penonton pada separuh pertama 2024. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.