Jarang Dilihat Orang, Ini Rupanya Cara Ketam Bersalin Cengkerang

25 Nov 2023 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernahkah anda lihat ketam bersalin cengkerang? Kalau tak pernah, jom kami kongsikan momen-momen rare haiwan laut itu menukarkan cengkerang.

Video detik-detik jarang dilihat oleh manusia itu telah sempat dirakam sebelum dikongsikan di Facebook Daily Mail baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama empat minit itu, dapat dilihat proses ketam bertukar cengkerang itu memakan masa yang agak lama kerana ketam itu menolak keluar badannya dari cengkerang lamanya.

Menurut penjelasan dalam video terbabit, ketam perlu bersalin cengkerang, sama seperti manusia perlu menukar baju apabila badan kita makin besar, jadi baju lama dah tak muat.

image is not available

Proses ini dipanggil sebagai molting dalam bahasa Inggeris atau ganti kulit jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Sehari sebelum proses molting ini, ketam tersebut akan menyerap air laut masing agar badannya akan kembang.

image is not available

Apabila kembang, ia akan memudahkan haiwan laut ini untuk menolak keluar badannya dari cengkerang lama.

Difahamkan juga, cengkerang baru ketam memang akan lembut pada awalnya, namun selepas beberapa hari hingga sebulan, cengkerang tersebut akan menjadi keras.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.