“Jari auto lentik!” – Kelas Pakai ‘Skincare’ Untuk Kaum Lelaki Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
25 Jun 2024 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penjagaan wajah atau lebih mudah disebut skincare sangat sinonim dengan kaum wanita yang sukakan kecantikan, malah banyak jenama skincare di pasaran yang menjadikan wanita sebagai model untuk melariskan produk.

Pun begitu, ada satu kelas penjagaan wajah telah diadakan khas untuk kaum lelaki yang mana mereka beramai-ramai belajar memakai beberapa produk skincare.

“Jari auto lentik bila pakai skincare!”

Seperti biasa, rutin penjagaan wajah bermula daripada memakai pencuci muka, toner, serum dan sebagainya. Kesemua produk ini perlu dipakai secara berturutan dan mengikut waktu yang disarankan seperti sebelum tidur.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh @hazizi23, para peserta lelaki dalam program itu dilihat sedang memakai headband di bahagian dahi masing-masing bagi menghalang rambut mereka terkena produk yang sedang dipakai.

Lebih menghiburkan, mereka nampak tekun dan teliti ketika meletakkan produk skincare pada wajah masing-masing. Turut disediakan besen air dan cermin untuk setiap peserta bagi memudahkan kesemua mereka belajar cara memakai skincare dengan betul.

@hazizi23

Lelaki Maskulin, One For All Menarik dalam Amway ni, kita bukan sekadar belajar tentang kesihatan badan (Nutrilite) tetapi kesihatan kulit wajah (Artistry) dalam masa yang sama tambah pendapatan & sihat#14value#softskill

♬ Bersama Teman – Teman – THE SKRUPS

Netizen wanita terhibur lihat gelagat

Bagaimanapun, ramai netizen wanita telah membanjiri ruangan komen kerana terhibur melihat gelagat kaum lelaki yang tekun belajar menjaga kulit wajah. Ada yang mahu menghantar suami atau keluarga masing-masing untuk belajar memakai skincare.

image is not available

Selain itu, ada netizen yang berseloroh bahawa kulit para peserta itu akan menjadi lebih sihat dan licin selepas menyertai kelas tersebut.

image is not available

Kelakar tengok masing-masing belajar!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.