Jaringan gol ke-50 Ronaldo

12 Dec 2023 • 10:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ronaldo mengelecek bola melepasi kawalan pemain Al-Shabab. - Foto AFP

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol ke-50 peribadinya tahun ini untuk membantu Al-Nassr mara ke separuh akhir Piala Raja Saudi dengan kemenangan 5-2 di Al-Shabab.

Penyerang utama Al-Nassr itu juga meledak gol ke-26 musim ini apabila pasukannya menewaskan pasukan pasukan tuan rumah, dengan Sadio Mane turut mencipta nama selaku penjaring buat kali pertama sejak September.

Ronaldo menerima bola di dalam kotak penalti pada minit ke-74 dan melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Al-Shabab.

Ia menyalakan harapan Al-Nassr untuk memenangi pertandingan itu selepas gagal menjulang trofi tersebut sejak 1990.

Mereka adalah salah satu pasukan pilihan yang tinggal dalam kejohanan itu termasuk Al-Hilal dan sekiranya mereka menang, ia akan menjadi piala kedua Ronaldo di Al-Nassr.

Bekas pemain Manchester United itu kini merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Pro Saudi dengan 16 gol dalam 15 perlawanan.

Al-Nassr berada di kedudukan kedua dalam carta Liga Pro Saudi, tujuh mata di belakang Al-Hilal.

Kemenangan dalam Piala Raja Saudi itu akan mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Asia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved