'Jasad Abang Ngah ditemui lengkap, masih pakai beg silang' - Ibu

26 Jul 2026 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jasad Abang Ngah ditemui lengkap, masih pakai beg silang' - Ibu
Ibu mangsa iaitu Rozita Ramli, 47, (kiri) tidak dapat menahan sebak sejurus mayat anaknya Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, tiba di Hospital Gua Musang selepas ditemukan meninggal dunia di tepi Sungai Galas. Foto Bernama
Image from: 'Jasad Abang Ngah ditemui lengkap, masih pakai beg silang' - Ibu
Rozita Ramli, 47, (kiri) tidak dapat menahan sebak.Foto Bernama
Image from: 'Jasad Abang Ngah ditemui lengkap, masih pakai beg silang' - Ibu
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mendapat bantuan daripada penduduk setempat dalam usaha mencari mangsa. Foto Bernama.

GUA MUSANG – “Alhamdulillah, abang Ngah ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan masih memakai beg silangnya.”

Demikian luahan ibu kepada mangsa bot terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6 di sini selepas jasad anaknya, Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, ditemukan di tepi sungai itu pada tengah hari Khamis.

Rozita Ramli, 47, berkata, dia bersyukur apabila anak kedua daripada lima beradik itu akhirnya ditemukan dalam keadaan sempurna selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak Isnin.

**media[3595205]**

“Pihak masjid juga ada melakukan solat hajat agar usaha pencarian dipermudahkan.

“Saya bersama-sama isteri arwah, Nor Aida Sazliza Razali, 25, serta ahli keluarga lain turut menaiki bot ke lokasi dia ditemukan dan dapat melihat sendiri keadaannya ketika itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Gua Musang pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas pada Isnin lalu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi botnya dijumpai oleh pasukan SAR.

**media[3595206]**

Menurutnya, mangsa berjaya ditemukan pada jam 1 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis pada jam 1.53 petang.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi SAR yang bermula sejak Isnin itu turut melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan Dabong, Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam pada itu, Rozita turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan operasi pencarian sehingga jasad anaknya berjaya ditemukan. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved