'Saya harap anak ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun' - Ibu

21 Jul 2026 • 6:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya harap anak ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun' - Ibu
Rozita Ramli, 47, tidak dapat menahan sebak mengenangkan anaknya, Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, yang hilang ketika keluar menaiki bot dipercayai untuk memukat ikan di Sungai Galas, Kampung Batu 6, pada pagi semalam. Foto Bernama.
Image from: 'Saya harap anak ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun' - Ibu
Anak Rozita hilang ketika keluar menaiki bot dipercayai untuk memukat ikan di Sungai Galas, Kampung Batu 6, pada pagi semalam. Foto Bernama.
Image from: 'Saya harap anak ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun' - Ibu
Rozita berkata anak kedua daripada lima beradik itu sempat menghantar khidmat pesanan ringkas. Foto Bernama.
Image from: 'Saya harap anak ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun' - Ibu
Rozita tidak dapat menahan sebak
Image from: 'Saya harap anak ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun' - Ibu
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mendapat bantuan daripada penduduk setempat dalam usaha mencari seorang lelaki yang hilang ketika menaiki bot di Sungai Galas, Kampung Batu 6, Gua Musang hari ini. Foto Bernama.

GUA MUSANG - "Saya berharap anak saya dapat ditemukan walau dalam apa keadaan sekalipun."

Itu luahan ibu kepada Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, yang masih hilang selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas berhampiran Kampung Batu 6, di sini, semalam.

Rozita Ramli, 47, berkata anak kedua daripada lima beradik itu sempat menghantar khidmat pesanan ringkas memaklumkan hasrat untuk menikmati kerangka ayam celup tepung yang dimasaknya sendiri.

**media[3590012]**

"Saya hanya sempat membaca pesanan itu sebelum dimaklumkan mengenai kehilangannya dan berharap anak saya dapat ditemukan walau dalam apa keadaan sekalipun," katanya ketika ditemui di Kampung Batu 6 hari ini.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua berdepan cabaran besar berikutan keadaan Sungai Galas yang keruh, berarus deras serta mempunyai kedalaman yang sukar dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhamad Azrul Izzham Zulkifli berkata operasi yang bermula pada 7 pagi itu turut membabitkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

**media[3590015]**

Beliau berkata operasi melibatkan lapan anggota PPDA, tiga anggota K9 bersama seekor anjing pengesan bernama Denti serta 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

"Operasi dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dalam radius kurang tiga kilometer dari lokasi kejadian. Keadaan Sungai Galas yang keruh serta kedalaman yang sukar dikenal pasti menjadi cabaran kepada anggota penyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian semalam, pasukan bomba menemukan bot mangsa dalam keadaan terbalik, namun mangsa masih belum ditemukan," katanya.

Datuk mangsa, Ramli Yaacob, 72, berkata Mohd Ilham dipercayai keluar memukat ikan di kuala sungai berhampiran rumah sebelum dilaporkan hilang.

**media[3590013]**

Beliau berkata selepas pulang dari bandar kira-kira 10.30 pagi semalam, beliau melihat motosikal milik cucunya yang bekerja sebagai jurukimpal diparkir di pekarangan rumah, namun bot milik mangsa tiada di tempat tambatan.

"Apabila saya pergi ke tempat bot disangkut, hanya tinggal selipar miliknya. Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia memang selalu datang ke sini untuk memukat ikan.

"Kira-kira 12 tengah hari, saya bersama isteri keluar mencarinya sebelum ternampak bot itu terbalik dan sebahagiannya tenggelam di dalam sungai," katanya.

**media[3590014]**

Ramli berkata, hujan sejak awal pagi menyebabkan paras Sungai Galas meningkat, selain arus membawa banyak sampah hanyut.

"Saya terus berenang ke arah bot untuk mencari cucu kerana dia tidak boleh berenang selepas mengalami kecederaan pada kaki beberapa tahun lalu, namun saya gagal menemuinya," katanya.

Semalam, Mohd Ilham dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Galas berhampiran Kampung Batu 6.- Bernama

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved