Jasad bekas Perdana Menteri China Li Keqiang disemadi di Beijing

2 Nov 2023 • 5:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BEIJING: Jasad bekas Perdana Menteri China Li Keqiang disemadikan di Babaoshan Revolutionary Cemetery, Beijing pada Khamis, lapor Xinhua.

Li, 68, meninggal dunia pada Jumaat lepas akibat serangan jantung.

Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan adalah antara pemimpin tertinggi negara yang berada di tanah perkuburan itu untuk memberi penghormatan terakhir.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Li atas pemergiannya.

Xi Jinping, Perdana Menteri Li Qiang, dan beberapa lagi pemimpin tertinggi negara turut menziarah mendiang semasa di hospital.

Li dipuji atas khidmat cemerlangnya sebagai anggota setia Parti Komunis China, pemimpin parti dan seorang negarawan, selain perjuangannya untuk golongan bawahan.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri China dari 2013 hingga 2023 dan menjadi orang kedua paling berkuasa dalam parti pemerintah, Parti Komunis China dari 2012 hingga 2022. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved