Jasad Nelayan Jatuh Laut Di Asajaya Selepas Dayung Patah Telah Pun Dijumpai

14 Oct 2022 • 9:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ditemukan oleh nelayan tempatan

Jasad Nelayan Jatuh Laut Di Asajaya Selepas Dayung Patah Telah Pun Dijumpai. Kehilangan seorang nelayan hampir 3 hari akhirnya terjawab apabila jasadnya telah pun dijumpai pada jam 6.35 pagi ini oleh nelayan tempatan. Mangsa ditemui dalam keadaan terapung.

image is not available
Jasad Nelayan Jatuh Laut Di Asajaya Selepas Dayung Patah Telah Pun Dijumpai. Sumber: Harian Metro

Mangsa dikenali sebagai Faddrul Razie Zaini berusia 30 tahun dijumpai jasad mangsa dihantar ke jeti Kampung Semera untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jatuh ke laut ketika menangkap ikan

Untuk info, beliau dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut dari perahu ketika menangkap ikan di Kampung Semera pada rabu lepas.

image is not available
Sumber: APM Asajaya

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi, mangsa dikenali sebagai Faddrul Razie Zaini, 30, turun ke laut bersama lima lagi rakannya.

Dayung patah punca mangsa jatuh ke laut

‘Kejadian dipercayai berlaku selepas dayung yang dipegang mangsa patah menyebabkannya jatuh ke laut. Rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal.

image is not available
Sumber: APM Asajaya

‘Bimbang keselamatan mangsa, rakannya memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba bagi mendapatkan bantuan,’ katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, keadaan cuaca baik semasa kejadian dilaporkan berlaku, manakala jarak lokasi kejadian dengan pantai dalam anggaran dua batu nautika.

Baca lagi artikel terkini: