Jasmine Suraya Hargai Kerajaan Kaji Pertimbang Rayuan Dana Pendidikan Luar Negara

26 Mar 2024 • 11:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jasmine suraya

Sebelum ini Ohmedia ada berkongsi artikel tentang kesediaan pihak kerajaan untuk mengkaji bantuan yang sesuai untuk membantu dana sambung belajar pelakon wanita, Jasmine Suraya.

Jasmine yang kini sudahpun berada di Los Angeles memaklumkan dia menghargai kesudian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam mempertimbang rayuannya.

Jika diterima saya bersyukur dan apabila tidak diterima, saya sudah bersedia dari awal semua kos dan perbelanjaan pengajian.

Bagaimanapun, Jasmine mengakui dia ada membuat rayuan tajaan pendidikan tetapi tidaklah sampai ke tahap meminta-minta. Ia lebih kepada mencuba nasib.

image is not available

Jasmine Suraya sudahpun mula pengajian di Lee Strasberg Theatre & Film Institute dengan duit sendiri…

Semua kos pengajian adalah daripada duit saya sendiri. Hasil simpanan, jualan aset dan kerja keras saya. Niat saya memohon tajaan bukanlah bererti untuk mengambil kesempatan.

Sebaliknya, jika diluluskan sekurang-kurangnya saya boleh berjimat untuk perbelanjaan lain di sana.

Dalam pada itu, Jasmine turut kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya hanya menggunakan nama sebagai anak seni untuk meraih simpati kerajaan.

Jasmine percaya ramai anak Malaysia yang layak tetapi tidak mampu…

Ingin saya jelaskan, saya meluahkan pendapat di mana anak seni yang mempunyai potensi besar dan mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti hebat mungkin boleh dipertimbang dalan memohon tajaan pendidikan.

Saya berkongsi kegusaran saya untuk anak-anak Malaysia yang ada bakat, namun, tidak berkemampuan. Mereka harus diberi peluang menerima tajaan pendidikan terutama di universiti ternama.

Mana tahu, suatu hari nanti, mereka mampu mengharumkan nama negara dan menyumbang kepada ekonomi terutama dalam bidang perfileman.

Apapun, semoga Jasmine terus bersemangat dan dapat keputusan cemerlang belajar di sana. Harumkan nama negara ok!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.