Jati Tinggi raih kontrak RM54.24 juta bagi kerja-kerja pemasangan kabel pencawang di Taman Melawati

26/06/2025 - 18:31
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
KUALA LUMPUR 26 Jun - Jati Tinggi Gorup Bhd menerusi Jati Tinggi Holding Sdn Bhd menerima kontak RM54.24 juta daripada Worktime Engineering Sdn Bhd bagi kerja-kerja pemasangan kabel di sebuah pencawang di Taman Melawati.
Kumpulan itu berkata, skop kerja merangkumi pembekalan dan pemasangan kabel kuasa serta kabel gentian optik, termasuk kerja-kerja penyambungan, penamatan, pengujian, pentauliahan dan semua kerja sokongan lain.
"Kontrak itu adalah bagi tempoh 22 bulan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan, pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham syarikat sepanjang tempoh kontrak tersebut.
Dengan kemenangan kontrak terbaharu itu, kumpulan telah memperoleh jumlah keseluruhan projek baharu bernilai RM173.27 juta sejak Disember 2024.
Bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2024 (FY24), Jati Tinggi Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM9.7 juta dengan hasil sebanyak RM128 juta.
Pada FY23, syarikat mencatat keuntungan bersih sebanyak RM3.9 juta dengan hasil sebanyak RM115 juta. - DagangNews.com
standard

