Federal International raih 3 kontrak berjumlah RM64.89 juta bagi kerja cerucuk, substruktur di Petaling

LocalBusiness & Finance
29 May 2025 • 5:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Federal International raih 3 kontrak berjumlah RM64.89 juta bagi kerja cerucuk, substruktur di Petaling

image is not available

29/05/2025 - 17:51

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Mei - Federal International Holdings Berhad menerusi Federal Builders Industries Sdn Bhd menerima tiga kontrak kerja-kerja tanah, cerucuk dan substruktur berjumlah RM64.89 juta daripada Perumahan Masteron Sdn Bhd bagi projek pembangunan di Petaling, Selangor.

Kumpulan itu berkata, kontrak pertama bernilai RM33.17 juta melibat kerja-kerja bagi fasa 3A yang dijadual bermula pada 16 Jun 2025 dan siap sepenuhnya pada 15 Ogos 2026 manakala kontrak kedua bernilai bernilai RM16.17 juta bagi fasa 3B akan bermula pada 16 April 2026 dan siap pada 15 Jun 2027.

"Bagi kontrak ketiga bernilai RM15.54 juta adalah bagi fasa 3C yang akan bermula pada 16 Januari 2027 dan siap sepenuhnya pada 15 Oktober 2027," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Projek itu dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan keuntungan kumpulan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 dan seterusnya untuk tempoh kontrak tersebut.

Ia juga dianggap sebagai transaksi berulang pihak berkaitan dengan pendapatan atau perdagangan (RRPT) menurut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, di mana kelulusan untuk memasuki RRPT tersebut telah diperoleh daripada pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan syarikat yang diadakan pada 19 Disember 2024.

Datuk Dr Choy Fook On, Datin Tan Geok Foong, Datuk Choy Wai Hin, Datuk Choy Wai Ceong, Choy Kin Mann, Choy Yuin Yi dan Dr Choy Sook Kuen (Keluarga Choy) dianggap mempunyai kepentingan dalam projek itu berdasarkan kedudukan sebagai pengarah dan/atau pemilikan saham dalam Federal International serta hubungan dengan Perumahan Masteron. - DagangNews.com

standard