Jati Tinggi raih kontrak RM86 juta kerja talian 275kV untuk projek pusat data di Kapar

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 6:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jati Tinggi raih kontrak RM86 juta kerja talian 275kV untuk projek pusat data di Kapar Image from: Jati Tinggi raih kontrak RM86 juta kerja talian 275kV untuk projek pusat data di Kapar hamden29/06/2026 - 18:32 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Jati Tinggi Group Berhad (JTGB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd (JTHSB), menerima Surat Anugerah (LOA) bagi kontrak bernilai RM86 juta untuk kerja-kerja reka bentuk dan bina talian 275kV bagi projek pusat data di Klang Valley Technology Park, Kapar, Selangor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan talian penghantaran 275kV, stesen pendaratan serta sistem utama pencawang berkaitan bagi pembangunan infrastruktur pusat data berkenaan.

 

Skop kerja turut merangkumi kerja awam dan struktur, pemasangan konduktor, sistem maklumat geografi (GIS), bekalan peralatan stesen pendaratan, peralatan hujung jauh (remote-end equipment), integrasi sistem, ujian serta penyerahan akhir untuk operasi komersial.

 

Kontrak tersebut berkuat kuasa dari tarikh pemilikan kerja sehingga 30 September 2026.

 

Di bawah terma perjanjian, sebanyak 5% daripada nilai kontrak akan ditahan oleh pelanggan sebagai penahanan tunai sebagai ganti kepada bon prestasi, yang akan ditolak secara berperingkat daripada bayaran kemajuan kepada JTHSB.

 

Selain itu, JTHSB perlu menyediakan insurans berkaitan termasuk Contractor’s All Risk serta pampasan pekerja sebelum pelaksanaan kerja bermula.

 

Tempoh pembayaran ditetapkan dalam tempoh 45 hari selepas penyerahan invois lengkap dan dokumen sokongan kepada pelanggan, manakala tempoh liabiliti kecacatan ditetapkan selama 24 bulan selepas pengeluaran Sijil Siap Kerja Sementara.

 

Menurut JTGB, kontrak ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan, pendapatan sesaham serta aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

 

“Kontrak ini tidak memberi kesan kepada modal saham serta pegangan pemegang saham utama syarikat,” katanya.

 

Tiada faktor risiko luar biasa dikenal pasti selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan pelaksanaan projek seumpama ini. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved