
Minggu ini, seluruh rakyat Malaysia turut berduka cita dengan keadaan banjir besar yang melanda penduduk di daerah Baling, Kedah.
Banyak rumah serta bangunan-bangunan awam yang mengalami kerosakan, malah semalam terdapat kematian menyayat hati yang dipercayai dibawa arus kepala air ketika insiden banjir itu berlaku.
Dalam beberapa perkongsian yang dimuat naik di TikTok, terdapat sebuah sekolah yang mengalami kerosakan teruk sehinggakan ada bahagian tembok yang runtuh disebabkan banjir itu dan difahamkan ia merupakan Sekolah Agama Yayasan Khairiah yang terletak di Kupang.
@pelajar_yayasan_khairiah Part 3. Detik-detik tembok asrama sumaiyah tumbang.
♬ bunyi asal – Pelajar_Yayasan_Khairiah – Pelajar_Yayasan_Khairiah
Selain daripada tembok sekolah berkenaan runtuh, terdapat juga beberapa video yang menunjukkan keadaan air naik sehingga menenggelamkan beberapa pondok dan tempat berehat di sekolah tersebut.
Di sebalik detik cemas itu, Sekolah Yayasan Khairiah ini mendapat perhatian apabila video pelajar sekolah berkenaan berkumpul dengan tenang di ruangan solat sambil berzikir ke hadrat-Nya sepanjang malam.
@pelajar_yayasan_khairiah Part 9 – Anak2 pelajar dalam masjid. Insyaallah selamat. Aura zikir dalam masjid.
♬ bunyi asal – Pelajar_Yayasan_Khairiah – Pelajar_Yayasan_Khairiah
“Rasa sebak pula”
Rata-rata netizen memuji malah tidak kurang juga yang merasa sebak selepas menonton video tersebut, dalam video yang lain kedengaran laungan zikir bergema di seluruh institusi tersebut ketika kawasan pekarangan sekolah itu dirakam.
@pelajar_yayasan_khairiah Part 10 – Aura zikir anak2 pelajar semasa banjir di YK
♬ bunyi asal – Pelajar_Yayasan_Khairiah – Pelajar_Yayasan_Khairiah
Sebagai info, sekolah tersebut merupakan sekolah menengah agama yang juga menawarkan program tahfiz sains bagi pelajar yang menerima keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Semoga mereka sentiasa berada di bawah lindungan-Nya…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

