Jatuh Bilik Air, Mak Engku Patah Tulang Leher

LocalEntertainment
19 Nov 2024 • 1:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jatuh Bilik Air, Mak Engku Patah Tulang Leher

Pelakon veteran Ku Faridah Ku Shafie atau lebih dikenali sebagai Mak Engku dilaporkan patah tulang leher selepas terjatuh di dalam bilik air, lapor Astro Gempak.

Menerusi perkongsian pelakon Sharifah Sahora, 50, di laman Instagram miliknya, dia sempat menziarahi pelakon veteran berkenaan.

Kata Sharifah, Mak Engku, 72, telah dimasukkan ke hospital pada awal bulan lalu akibat mengalami rasa sakit selepas terjatuh.

Difahamkan, Mak Engku telah berada di hospital berkenaan selama 10 hari dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Semoga Mak Engku cepat sihat. Dia jatuh masa di tandas hingga patah tulang leher. Semoga ada kesembuhan untuk Mak Engku.

“Kepada yang nak melawat Mak Engku. Dia masih berada di Hospital Sungai Buloh ya,” kongsinya.

https://www.instagram.com/p/DCgQTCYzH1J/?hl=en

Jalani pelbagai rawatan

Mak Engku juga difahamkan bakal menjalani pelbagai rawatan termasuk mengambil tulang sum-sum pada minggu depan.

Selain Sharifah, pelakon Datin Nina Juren dan Pengarah Hadith Omar turut dilihat menziarahi pelakon veteran terbabit.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan Mak Engku termasuk kenalan artis.