Tulang Belakang Leher Patah Terjatuh Di Tandas, Mak Engku Akan Jalani Rawatan Ambil Tulang Sum-Sum

19 Nov 2024 • 11:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon veteran Ku Faridah Ku Shafie atau mesra disapa Mak Engku masih dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan patah tulang leher.

Hal itu dikongsikan pelakon Sharifah Sahora menerusi laman instagram miliknya pada Isnin.
 
Menurut pelakon itu, Mak Engku, 72, dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesakitan akibat terjatuh dalam bilik air, awal bulan lalu.
 
Kongsinya lagi, Mak Engku telah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu.
 

"Semoga Mak Engku cepat sihat. Dia jatuh masa di tandas hingga patah tulang leher. Semoga ada kesembuhan untuk Mak Engku.

 
"Kepada yang nak melawat Mak Engku. Dia masih berada di Hospital Sungai Buloh ya," katanya.

 
Sebelum ini, Sharifah Sahora dilihat menziarahi aktres berkenaan bersama pelakon Datin Nina Juren dan Pengarah Hadith Omar.
 
Menjengah diruangan komen Sharifah Sahora, ramai kenalan artis yang mendoakan Mak Engku Supaya cepat sembuh.
 
Difahamkan pelakon veteran itu juga terpaksa mencuba pelbagai rawatan termasuklah mengambil tulang sum-sum yang dijangka akan dilakukan pada minggu depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved