Jatuh Sungai Lepas Balik Dari Kebun, Warga Emas 92 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kanowit

16 Oct 2023 • 8:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa masih belum ditemukan pihak PGO

Jatuh Sungai Lepas Balik Dari Kebun, Warga Emas 92 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kanowit. Seorang lelaki warga emas hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di kawasan Rumah Jelani Bukong Jagoi di Nanga Lesih Sungai Kanowit petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Tinggi Melintang berusia 92 tahun dikatakan dalam perjalanan balik dari kebun menuju ke rumah panjang sebelum dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai.

image is not available
Jatuh Sungai Lepas Balik Dari Kebun, Warga Emas 92 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kanowit. Kredit: Borneo Network

Menurut beliau, sepasukan anggota BBP Kanowit bergerak ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 6.35 petang.

Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba memulakan operasi pencarian bersama penduduk kampung dengan menggunakan dua buah perahu penduduk kampung.

image is not available

“Pencarian di hari pertama ini mensasarkan kawasan di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” jelasnya.

Usaha pencarian bagaimanapun ditangguhkan pada jam 8 malam.

Baca lagi artikel menarik: