Jatuh Tingkat 30 : Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

LocalPolitics
6 Jun 2025 • 9:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Polis telah menahan seorang wanita dan adik perempuannya, iaitu ibu serta ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun yang dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan memaklumkan bahawa kedua-dua wanita tersebut kini direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

image is not available

Menurutnya, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian kanak-kanak itu ekoran kecederaan pelbagai akibat jatuh dari tempat tinggi.

Punca kejadian dan bagaimana kanak-kanak itu terjatuh masih dalam siasatan lanjut polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

image is not available

image is not available

Terdahulu media melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Jalan Jalil Impian 1 Bukit Jalil, di sini, hari ini.

image is not available

Difahamkan, mangsa terjatuh dari balkoni kediaman bertingkat itu.

Aidil berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 11.17 pagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Pemuda 21 Tahun Didakwa Atas 5 Pertuduhan Amang Seksual Terhadap Adik Rakan Sendiri Baru Berusia 9 Tahun