Ibu Mangsa Tidak Rela Kejadian Menimpa Anaknya Terjatuh Dari Tingkat 30 Dirakam & Disebarkan

LocalFamily & Parenting
7 Jun 2025 • 8:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 30 sebuah bangunan kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Susulan insiden tersebut, video kejadian tersebut telah tular di media sosial.

Terkini, seorang wanita yang dipercayai merupakan staf pengurusan kondominium itu memohon agar video insiden tersebut dipadam dan dihentikan dari terus dikongsikan di media sosial, lapor Kosmo.

Wanita tersebut menerusi ruangan komen di Facebook telah mengatakan bahawa dia terpaksa mengambil gambar kejadian tersebut untuk membuat laporan kejadian.

image is not available

Selain itu, individu berkenaan juga mengatakan bahawa ibu mangsa telah memaklumkan bahawa dia tidak rela arwah video dan gambar arwah anaknya diambil untuk disebarkan.

Sumber: Kosmo

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.