Jawan Raih Kutipan Pecah Panggung, Heroin Tak Sokong Filem Sendiri?

Movie
19 Sep 2023 • 3:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jawan, filem Bollywood Nayanthara yang pertama telah mendapatkan banyak pujian daripada penonton, dari filem penuh dengan aksi ke keserasian antara aktres yang dipanggil Lady Superstar itu bersama Shah Rukh Khan.

image is not available

Filem pertama arahan Atlee Kumar yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Nayanthara, dan Vijay Sethupathi itu telah menjadi ‘box office’ dan menjadi filem Hindi pertama mendapat kutipan tertinggi.

Untuk meraikan kejayaan itu, penerbit filem tersebut telah mengadakan sidang media pada Jumaat yang lalu bersama barisan pelakon.

image is not available

Namun begitu, bayangan Nayanthara tidak kelihatan pada majlis tersebut sekali gus menimbulkan persoalan ramai sehingga ada yang membuat spekulasi sendiri.

image is not available

Walaupun tanpa kehadiran pelakon wanita itu, Shah Rukh Khan bersama bintang lain kelihatan gembira dalam meraikan kejayaan Jawan disamping menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh media.

Ketidakhadiran pelakon berusia 37 tahun itu jelas dirasai bukan sahaja oleh rakan artis namun juga ada segelintir para peminatnya mendakwa dia tidak ingin menyokong filemnya sendiri.

image is not available

Bagaimanapun sebenarnya, bukan Nayanthara tidak mahu menghadiri sidang media tersebut namun dia mempunyai majlis istimewa bersama keluarganya pada hari yang sama.

Namun begitu, Nayanthara sempat menghantar satu video mengatakan dia gembira atas sambutan bagi filem tersebut selain meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke sidang media.

Dia tidak menyebut apakah majlis istimewa tersebut di dalam videonya, namun Shah Rukh Khan berkongsi bahawa aktres itu tidak dapat hadir kerana sedang menyambut hari jadi ibunya.

image is not available