“Memang Best, Jalan Cerita Padu!” – Ramai Puas Hati Tonton Filem Jawan

Movie
18 Sep 2023 • 2:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Umum sedia maklum, filem Jawan yang dibintangi oleh aktor terkenal, Shah Rukh Khan sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 7 September lalu.

Malah, filem itu mula mendapat perhatian ramai bahkan, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia mendedahkan Jawan adalah sebuah hasil karya terbaik yang perlu ditonton oleh orang ramai.

@shafnaufas

First time ever saya tengok cerita hindustan . Sebab saya tak suka sangat . Tetiba tengok cerita ni not bad !!! Korang boleh tengok ! Full house ye semalam #fypシ #shafnaufas #foryoupage #foryou

♬ original sound – Shaf

“Kali pertama saya tengok cerita hindustan. Sebab saya tak suka sangat, tiba-tiba tengok cerita ni not bad!!! Korang boleh tengok!” ujarnya di kapsyen.

Cerita ni memang best gila!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi maklum balas positif terhadap filem Jawan yang menepati jangkaan mereka.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Jawan adalah merupakan sebuah filem action-thriller hasil karya yang ditulis bersama dan diarahkan oleh seorang penerbit filem dikenali sebagai Atlee, atau nama sebenarnya Arun Kumar.

Filem ini diterbitkan oleh Gauri Khan dan Gaurav Verma di bawah Red Chillies Entertainment, yang merupakan sebuah syarikat penerbitan filem yang dikendalikan oleh keluarga Shah Rukh Khan.

Secara ringkasnya, filem Jawan ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Vikram yang berniat untuk membaiki kesalahan masa silamnya dan nekad untuk membalas dendam atas penderitaan yang dialaminya.

Dalam trailer filem ini, Shah Rukh Khan dilihat memegang peranan sebagai agen rahsia yang menganggotai sebuah pasukan khusus. Dalam pasukan inilah Vikram bertemu seorang wanita bernama Sanya (Nayanthara) yang mempunyai latar belakang serta misi yang sama untuk melawan kejahatan.

Sumber: TikTok @shafnaufas