“Jawapan Bila Tak Ada Skrip..” – Hafidz Roshdi ‘Teruja’ Bercerai Dengan Shuhada?

28 Jul 2023 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, semalam pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Melihat dalam sesi temubual bersama pihak Melodi, Hafidz meluahkan rasa syukur kerana konflik rumah tangga akhirnya selesai dengan cara yang baik.

Bagaimanapun, pelakon tersebut tersasul berkata dirinya berasa teruja dengan penceraian ini.

Kerana tersasul berkata sedemikian, pelakon drama Tundukan Playboy Itu teruk dihentam netizen dan menyifatkan dia tidak sepatutnya berkata seperti itu.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang mendakwa Hafidz berasa teruja kerana dapat bersama dengan ‘skandalnya’ tanpa disalahkan.

Sekadar info, konflik rumah tangga Hafidz Roshdi mula mendapat perhatian selepas Nurul Shuhadah mendedahkan suaminya mempunyai wanita lain, malah pernah bercuti bersama.

image is not available 1 day ago

"Pape Roger.." - Jawapan Hafidz Roshdi Tentang Perancangan Kahwin Baru Curi Perhatian