
Menjawab persoalan wartawan, Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi berkata dirinya menolak untuk berkawan baik dengan bekas suami.
Kata Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu, cukup sekadar berhubung baik demi anak-anak.
Kawan baik itu mungkin tidak, tetapi sebagai ibu bapa, insya-Allah saya boleh berkomunikasi dengannya secara baik.
View this post on Instagram
Kata Shu lagi, menjadi wanita yang teraniaya bukanlah mudah dan ia merupakan satu dugaan yang cukup berat buatnya.
Susulan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberi pesanan buat wanita yang mencari kebahagiaan atas penderitaan orang lain untuk takut dengan Allah SWT.
Allah tahu dan mampu membolak-balikkan hati kita. Semua ini hak Allah, termasuk hati kita.
Dalam pada masa yang sama, dia turut memberi pesanan untuk wanita yang lalui hal sama sepertinya untuk terus kuat serta tabah hadapi ujian itu.
Sekadar info, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah serta Umar.
(TERKINI) Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Sah Bercerai Talak Satu
The post “Allah Akan Ganti Lebih Hebat” – Terlalu Perit & Teraniaya, Shuhada Enggan Berkawan Baik Dengan Hafidz Roshdi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


