Jawatan Ketua Pengarah AKPS, Saifuddin jumpa KSN

LocalPolitics
13 May 2025 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berhubung kekosongan jawatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Bagaimanapun beliau berkata, masih tiada senarai calon untuk dilantik ke jawatan tersebut.

"Saya tidak boleh bincang (jawatan KP) kerana ia penjawat awam.

"Saya hendak jumpa beliau sekejap lagi," katanya.

Jawatan Ketua Pengarah AKPS sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Hazani Ghazali sebelum bersara wajib pada 10 Februari lalu.

Beliau dilantik ke jawatan itu pada 31 Januari 2014.