Jawatan Naib Canselor UiTM akan diisi segera – Zambry

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 6:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jawatan Naib Canselor UiTM akan diisi segera – Zambry

PUTRAJAYA: Proses pengisian kekosongan jawatan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang dilaksanakan dan akan diisi secepat mungkin.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, proses bagi mengisi kekosongan jawatan itu telah dilaksanakan menerusi pembukaan iklan kekosongan, pemilihan calon dan temu duga.

“Proses pelantikan perlu dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sekiranya berlaku kekosongan jawatan.

“Perkara itu berbeza dengan proses penyambungan tempoh pelantikan yang mempunyai kaedah tersendiri. Sebarang proses untuk pelantikan kalau ada kekosongan, proses itu perlu dilakukan. Kalau penyambungan adalah perkara yang lain,” katanya ketika ditemui pada Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2026, di sini hari ini.

Zambry berkata, kekosongan jawatan berkenaan perlu diisi, namun semua prosedur termasuk pemilihan dan temu duga perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Saya fikir tidak lama lagi kita akan dapat keputusannya kerana kekosongan itu perlu diisi,” katanya.

Jawatan Naib Canselor UiTM kini kosong selepas Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@ Sahibuddin secara rasmi menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Naib Canselor ketujuh Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 1 November lalu.

Pakar Keselamatan Siber, Rangkaian, Sistem Komputer dan Pemprosesan Selari itu menamatkan perjawatannya selepas tiga tahun dilantik ke jawatan itu, 2 November 2023.

Difahamkan, lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pemprosesan Selari di University of Sheffield, United Kingdom itu kini kembali ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). – UTUSAN

The post Jawatan Naib Canselor UiTM akan diisi segera – Zambry appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved