Kekosongan jawatan NC UiTM akan diisi segera, proses pemilihan sedang berjalan - Zambry

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 6:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kekosongan jawatan NC UiTM akan diisi segera, proses pemilihan sedang berjalan - Zambry
Zambry (tengah) ketika sidang media pada majlis penutup Festival of Idea Putrajaya 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Khamis. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Kekosongan jawatan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dijangka diisi dalam masa terdekat memandangkan proses pemilihan calon bagi jawatan itu sedang berjalan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam yang dipengerusikan Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali sedang melaksanakan prosedur pelantikan, termasuk mengiklankan kekosongan jawatan, memilih calon dan menjalankan sesi temu duga.

"Jadi kita sedang membuat proses yang perlu dilakukan iaitu dengan membuka iklan dan juga proses pemilihan dan temu duga… saya fikir tidak lama lagi kita akan dapat keputusannya.

"Jangkaannya biasanya proses tidak akan ambil masa lama. Yang paling mustahak ialah proses itu perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Festival Idea Putrajaya 2026 di sini pada Khamis.

Pada 2 November lepas, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor UiTM ketujuh selepas memegang jawatan itu sejak 2 November 2023.

Buat masa ini, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yamin Yasin menjalankan fungsi Naib Canselor universiti berkenaan. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved