Jawatan pegawai khas bukan lantikan politik, saya tidak berparti – Marina Ibrahim

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 12:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jawatan pegawai khas bukan lantikan politik, saya tidak berparti – Marina Ibrahim

ISKANDAR PUTERI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan pelantikannya sebagai pegawai khas menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor bukan lantikan politik.

Bekas wakil rakyat daripada DAP itu berkata, tanggungjawab tersebut diterima pihaknya sebagai satu amanah besar daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

“Jawatan ini bukannya satu lantikan politik, sebaliknya atas perkenan Sultan Johor. Saya sendiri pun bukan berada dalam mana-mana parti politik buat masa ini.

“Jadi ia tidak seharusnya dilihat sebagai lantikan politik, sebaliknya sebagai komitmen kepimpinan negeri dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di Johor diberi perhatian,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Kompleks Sukan EduCity, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapannya pada program tersebut mengumumkan pelantikan Marina sebagai wakil khas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menjaga hal ehwal masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Tambah Marina, pelantikan tersebut selari dengan penglibatannya dalam aktiviti kesukarelawanan dan penganjuran beberapa program bersama masyarakat Orang Asli di negeri ini.

“Saya akan galas tanggungjawab yang sebenarnya bukan baharu untuk saya kerana sebelum ini saya juga terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan dan banyak menjalankan aktiviti di kampung Orang Asli.

“Saya tidak akan bergerak sendiri sebaliknya akan bekerjasama dengan agensi kerajaan pusat dan negeri bagi memastikan kebajikan Orang Asli di Johor dapat dipertingkatkan,” katanya.-UTUSAN

The post Jawatan pegawai khas bukan lantikan politik, saya tidak berparti – Marina Ibrahim appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved