JAWI ambil serius, diarah siasat jenazah ditahan hampir 24 jam di surau

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 11:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Agama Islam Wilayah, JAWI ambil serius dan telah diarah untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera berhubung dakwaan jenazah ditahan hampir 24 jam di surau Balai Islam Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan, pihaknya mengambil serius berhubung aduan berkenaan.

“Jawi telah diarah untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera,” katanya pada Selasa.

image is not available

JAWI ambil serius

Terdahulu, tular di media sosial mengenai jenazah wanita ditahan di surau berkenaan hampir 24 jam yang mana kartel mengenakan bayaran RM2,200 kepada waris.

Menerusi perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official, pihaknya mendedahkan terdapat kartel jenazah yang mengambil kesempatan mengenakan caj pengurusan terlalu tinggi kepada lelaki tersebut sehingga proses pengebumian jenazah isterinya tergantung.

Katanya, pasangan tersebut merupakan mualaf dan berstatus asnaf serta si suami adalah kategori orang kelainan upaya (OKU).

image is not available

image is not available

Bagaimanapun ahli Jawatankuasa surau berkenaan menafikan terlibat dalam memanipulasikan atau mengenakan caj tinggi bagi pengurusan jenazah dan tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak.

“Pihak surau tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan ke atas waris jenazah.
“Surau Balai Islam menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk bilik mandi jenazah, kafan, dan ruang solat jenazah. Semua perkhidmatan ini disediakan untuk umat Islam berdasarkan sumbangan ikhlas tanpa sebarang paksaan.
“Sebarang urusan dengan pihak pengurusan jenazah yang melibatkan caj atau perkhidmatan tambahan adalah antara pihak keluarga dan pihak pengurusan tersebut. Surau Balai Islam tidak terlibat atau bertanggungjawab terhadap sebarang urusan yang diadakan di luar pengetahuan pihak surau,”petik kenyataan pihak surau dikongsikan di Facebook Mr Wan Cai Official.