Kes Jenazah Bayi Dibekukan : MAIS & LZS Maklum Tidak Terima Sebarang Aduan Rasmi

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan bahawa pihak mereka tidak menerima sebarang aduan berhubung dengan dakwaan jenazah seorang bayi lelaki yang ‘ditahan’ dan dibekukan selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga kini sedang mengesan ibu bapa bayi tersebut bagi memberikan bantuan yang diperlukan.

“Sehingga kini, MAIS termasuk LZS dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) tidak menerima sebarang aduan rasmi.

“Kejadian ini hanya diketahui melalui laporan media. Tiada pihak datang ke LZS untuk melaporkan kesulitan yang dihadapi. Kami juga masih tidak mengetahui identiti ibu bapa atau nama arwah bayi berkenaan.”

image is not available

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar semalam telah menggesa mufti dari mana-mana negeri untuk mengemukakan pandangan umum tentang hukum, termasuk hukum syarak mengenai penyimpanan dan pembekuan jenazah.

Ia susuan dengan kes tular jenazah bayi lelaki yang dikenali sebagai Adham telah ditahan oleh pihak hospital kerana ibu bapanya didakwa gagal membayar bil hospital.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.