JAWI Bebaskan Siti Nuramira Tanpa Jaminan, Tangguh Dakwa Di Mahkamah Syariah

20 Jul 2022 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, ramai netizen telah meluahkan rasa puas hati mereka selepas pelawak Siti Nuramira yang didakwa hina Islam telah ditahan semula oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejurus selepas dibebaskan di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pun begitu, The Star melaporkan bahawa pihak JAWI telah pun membebaskan wanita ini malam semalam selepas menangguhkan keputusan mereka untuk mendakwa Nuramira ke Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir yang mewakili firma guaman mewakili Nuramira, wanita ini telah dibebaskan pada jam 10 malam semalam tanpa jaminan.

image is not available

Hannann berkata dakwaan dari JAWI akan dibuat selepas pihak penguatkuasa ini bersedia. Selain itu, paralegal ini turut memberitahu bahawa pihaknya mengalami kesukaran untuk mencari penjamin beragama Islam ketika mereka sedang membuat persediaan untuk menghadapi prosiding yang dijangka akan berlaku hari ini.

Dikatakan, dakwaan Syariah ini tidak diteruskan kerana ianya melibatkan kesalahan yang sama dihadapi oleh Nuramira di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu di mana hukuman di Mahkamah Sesyen lebih berat dari Mahkamah Syariah.

Jadi buat masa ni kita tunggu je lah prosiding seterusnya oleh Mahkamah Sesyen nanti.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.