Jawi Tegur Ketua Imam Masjid Baca Doa Mintak Tambah Isteri [Video]

11 Oct 2022 • 1:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) cakna mengenai video tular seorang imam yang membaca doa agar dilimpahkan rezeki dan menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan berkenaan, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut merupakan seorang Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Doa dibaca adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan

Menurut Mohd Ajib, bacaan doa yang dibaca oleh imam terbabit adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak pengajur tersebut.

“Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.

“Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan supaya imej institusi Islam sentiasa terpelihara,” katanya.

Video tersebut tular di media sosial

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video seorang pegawai Jawi yang bergurau ketika membaca doa dalam satu majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.

Berdasarkan video tular tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berdoa memohon diberikan rezeki yang banyak untuk melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih dari seorang.

Imam dakwa kakitangan Jawi banyak berpoligami

Pada masa yang sama, pegawai berkenaan dalam doanya turut memberi kenyataan bahawa yang paling ramai berpoligami adalah dalam kalangan kakitangan Jawi.

Rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan pegawai itu yang dikatakan tidak sensitif dalam isu poligami.

Source: