Rai Hari Lahir Pembantu Rumah Walaupun Berbeza Bangsa, Netizen Puji Tiktoker Dari Kuching Ini

11 Oct 2022 • 2:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rai hari lahir pembantu rumah walaupun berbeza bangsa

Rai Hari Lahir Pembantu Rumah Walaupun Berbeza Bangsa, Netizen Puji Tiktoker Dari Kuching Ini. Tular di laman Tiktok baru-baru ini apabila seorang pengguna Tiktok bernama Boss Micheal telah memuat naik sebuah video di mana beliau sekeluarga meraikan sambutan hari lahir pembantu rumah mereka.

image is not available
Rai Hari Lahir Pembantu Rumah, Netizen Puji Sikap Tiktoker Berbangsa Cina Dari Kuching Ini. Sumber: Boss Micheal

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat sekitar 82 ribu tontonan, 6 ribu likes serta 300 komen positif daripada netizen dan menjadi bualan di Tiktok.

Perbezaan agama tidak menjadi isu

Video itu telah mendapat perhatian ramai kerana kesanggupan beliau meraikan hari lahir pembantu rumahnya walaupun mereka berbeza agama dan bangsa.

Wanita itu berulang kali mengucapkan terima kasih kepada majikannya kerana terlalu terkejut dan kagum dengan tindakan beliau.

Bukan itu sahaja, hubungan mereka juga dilihat akrab apabila anak-anak kepada Boss Micheal memanggil wanita itu dengan gelaran ‘kakak’ sambil mereka tidak kekok untuk berpelukan sesama sendiri.

Dapat respons positif dari netizen

Sudah semestinya video tersebut dihujani dengan pelbagai respons positif daripada netizen.

Antaranya majoriti netizen memuji sikap murni majikannya itu.

image is not available
Sumber: Boss Micheal

Ada juga yang berpendapat tindakannya itu wajar dijadikan contoh oleh orang lain kerana walaupun berbeza agama dan bangsa beliau turut meraikan hari lahir pekerjanya itu.

image is not available
Sumber: Boss Micheal

Tidak dilupakan juga, ramai netizen kagum dengan hubungan akrab yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga anak beliau dengan wanita itu.

image is not available
Sumber: Boss Micheal

image is not available
Sumber: Boss Micheal

image is not available
Sumber: Boss Micheal

Pastinya, pembantu rumahnya yang dikenali dengan nama ‘Kak Siti’ akan mengingati momen-momen indah daripada majikan nya itu.

Baca lagi artikel terkini: