Jay-Z Terheret Dengan Isu P.Diddy, Didakwa Mer*gol Remaja Umur 13 Tahun

Entertainment
9 Dec 2024 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam kehangatan kes yang membabitkan P.Diddy, nama penyanyi rap, Jay-Z atau Shawn Carter juga terpalit dengan isu ini apabila dia didakwa telah merogol seorang remaja perempuan.

Dia didakwa merogol remaja berkenaan ketika remaja tersebut berumur 13 tahun saat menghadiri satu acara ‘after party’ untuk MTV Music Video Awards (VMA) pada tahun 2000.

Remaja tersebut yang kini sudah berusia 37 tahun mendakwa Jay-Z melakukan perbuatan terkutuk itu bersama P.Diddy.

Terpanggil dengan isu tersebut, Jay-Z tampil memberikan respon dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana ia bertujuan untuk memburukkan reputasinya.

image is not available

“Saya ada terima satu surat berbaur ugutan, kononnya nak buat tuntutan saman daripada seorang ‘peguam’ yang dikenalis ebagai Tony Buzzbee.”

“Dia ingat dengan menuduh saya dan mendapat perhatian ramai akan membuatkan perkara ini selesai? Tidak sama sekali,

“Dia rasakan dengan tuduhan ini dan dapat perhatian umum boleh membuatkan saya akur? Tidak sama sekali.”

Menerusi Instagram syarikatnya, Roc Nation, Jay-Z menjelaskan bahawa cubaan terhadapnya itu membuatkan dia lebih berani untuk mendedahkan penipuan ‘peguam’ tersebut kepada umum. Jadi, dia tidak akan memberikan wang kepada pihak tersebut.

image is not available

“Tuduhan ini sangat dangkal dan saya harap awak failkan aduan jenayah, bukannya sivil!”

Dalam pada itu, Jay-Z juga tidak menafikan si mangsa patut tuntut keadilan jika kes sebegitu wujud. Bahkan, Jay-Z juga menjelaskan bahawa dia ada selidik latar belakang Tony Buzzbee dan menjelaskan bahawa dia seorang yang banyak melakukan taktik sebegini.

image is not available

Jay-Z dengan berani mengatakan bahawa dia sudah banyak bersemuka dengan orang sebegitu Buzbee yang juga suami kepada penyanyi Beyonce ini menegaskan bahawa dia seorang yang jauh lebih bersedia untuk berdepan dengan ancamannya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.