JBL Grip Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599

25 Nov 2025 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

JBL Grip kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia sebagai pembesar suara kompak yang mudah dibawa ke mana-mana. Walaupun bersaiz kecil, ia hadir dengan pelbagai fungsi premium daripada JBL untuk pengalaman audio yang imersif. Harga jualan rasmi ialah RM 599 seunit dengan pilihan warna hitam, merah, ungu, putih klasik dan beberapa lagi yang lain.

image is not available

Pembesar suara ini bersaiz kecil namun diiklankan mampu menghasilkan bunyi mantap dengan JBL Pro Sound. Ia turut menyokong teknologi AI Sound Boost yang menganalisis audio secara masa nyata untuk mengoptimumkan output sekali gus memberikan pengalaman bunyi lebih imersif.

image is not available

Selain itu, ia menggunakan ‘transducer’ audio bersaiz 43 x 80mm dan boleh beroperasi sehingga 12 jam dengan sekali cas ditambah 2 jam lagi melalui Playtime Boost. Dari segi reka bentuk, panel belakang dilengkapi lampu ambien dengan pilihan warna unik yang boleh dilaras melalui aplikasi JBL Portable.