Siri Huawei Nova 14 Dan FreeBuds 7i Kini Dijual Di Malaysia

LocalTechnology
12 Nov 2025 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei kini secara rasmi memulakan jualan terbuka untuk siri Huawei Nova 14 dan fon telinga nirwayar FreeBuds 7i di Malaysia selepas fasa pratempahan tempoh hari. Harga jualan bermula dari RM1299 untuk Nova 14i, RM1799 bagi Nova 14 dan RM2399 untuk Nova 14 Pro. Sementara itu, FreeBuds 7i dijual pada harga RM329 seunit.

image is not available

Sebagai tambahan, pembelian Huawei Nova 14 Pro atau Nova 14 dari 11 November hingga 10 Disember melayakkan pelanggan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM298 termasuk Huawei Band 10, Huawei Scale 3 dan baucar RM100. Sementara itu, pembeli Nova 14i akan menerima hadiah bernilai sehingga RM109 merangkumi Huawei Scale 3 dan baucar RM100.

image is not available

Huawei Nova 14 Pro dilengkapi skrin OLED 6.78 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, serta dijana oleh cip Kirin 8020. Ia menampilkan tri-kamera utama 50MP dengan aperture boleh ubah (f/1.4–f/4.0), 12MP telefoto potret, dan 8MP ultra-lebar. Untuk swafoto, peranti ini hadir dengan kamera hadapan 50MP dan 8MP, manakala baterinya berkapasiti 5500mAh.

image is not available

Sementara itu, Huawei Nova 14 menggunakan skrin OLED 6.7 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dipadankan dengan cip Kirin 8000. Ia turut menampilkan tri-kamera belakang 50MP + 12MP + 8MP, kamera swafoto 50MP serta bateri 5500mAh.

Bagi model lebih mampu milik, Huawei Nova 14i dilengkapi skrin LCD 6.95″ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dijana oleh cip Snapdragon 680 dan menampilkan kamera utama 50MP bersama sensor kedalaman 2MP. Kamera hadapan pula sebesar 8MP manakala baterinya lebih besar dengan kapasiti 7,000mAh.

image is not available

Huawei FreeBuds 7i merupakan sepasang fon telinga nirwayar bertangkai yang menyokong teknologi Intelligent Dynamic ANC 4.0 untuk pembatalan hingar pintar. Ia menawarkan sambungan pantas melalui Bluetooth 5.4, ketahanan air dan debu IP54 serta jangka hayat bateri 35 jam dengan pod pengecas.