JDT dalam kelas tersendiri

Football
17 Jun 2023 • 7:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kesebelasan utama JDT pada aksi persahabatan berkenaan - Foto FB Johor Southern Tigers

image is not available
Jaringan sulung JDT hasil tandukan penyerang, Diogo Santo.

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila menewaskan kelab Singapura, Albirex Niigata (S), 5-1 pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.

Tampil tanpa kelibat ramai pemain utama, JDT bermula garang sebaik wisel permulaan dengan mengasak bertalu-talu ke gawang Albirex Niigata (S).

Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menghasilkan sebarang jaringan apabila berjaya dikekang benteng pelawat.

Bagaimanapun, hasil satu serangan balas JDT akhirnya membuka jaringan menerusi tandukan penyerang import, Diogo Santo pada minit ke-18.

Gol berpunca daripada larian deras pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh yang melepasi kawalan pertahanan Albirex Niigata (S) sebelum hantaran silangnya ditanduk masuk Diogo untuk gol sulung perlawanan.

Tersentak dengan gol itu, kesebelasan Albirex Niigata (S), mula mengatur asakan-asakan berbahaya ke gawang tuan rumah dalam usaha menjaringkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan itu berjaya mengekang asakan berkenaan sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-27, menerusi Fernando Forestieri.

Ketinggalan dua gol bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat kesebelasan Albirex Niigata (S) untuk terus mengasak ke gawang JDT untuk merapatkan jurang gol.

Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan gagal menghasilkan sebarang jaringan untuk kedudukan kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT dilihat semakin memperkemaskan asakan ke gawang lawan dan kali ini giliran Nazmi Faiz Mansor meledak gol ketiga skuad Harimau Selatan itu.

Gawang skuad Harimau Selatan bolos akhirnya, apabila pemain Albirex Niigata memanfaatkan peluang bagi menjaringkan gol saguhati pada minit ke-63.

Bagaimanapun, kesebelasan JDT bingkas bangkit untuk menjaringkan gol keempat seminit kemudian menerusi jaringan pemain gantian, Bergson Da Silva, pada minit ke-64.

Tiga minit selepas itu giliran pemain gantian, Aysar Jadi mencatatkan nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-67.

Skuad Harimau Selatan itu dilihat terus mendominasi perlawanan selepas itu dengan mengasak gawang skuad The White Swans itu dalam usaha menambah jaringan.

Bagaimanapun, tiada tambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan dan menyaksikan kedudukan 5-1 memihak JDT kekal ke wisel penamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved