Skuad B-23 Sabah FC benam Kelantan United

23 May 2023 • 1:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Skuad B-23 Sabah FC menewaskan Kelantan United 4-1 di Stadium Likas pada malam Ahad lalu untuk kemenangan pertama mereka dalam saingan Piala MFL.

Pasukan tuan rumah yang diperkuatkan oleh beberapa pemain senior, membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi Ahzad Harraz dengan tandukan susulan hantaran lintang Hizaz Lokman.

Gol penyamaan pelawat hadir menerusi Adam Daniel pada minit ke-40 selepas pemain Sabah FC gagal mengeluarkan bola di kawasan kotak penalti.

Sahrizan Saidin kemudian mengembalikan kelebihan satu gol Sabah dua minit sebelum wisel separuh masa pertama dengan sepakan lob mengatasi penjaga gol Kelantan United.

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Sabah FC melebarkan kelebihan mereka pada minit ke-70 menerusi jaringan pemain senior Umareng Bacok sebelum Amri Yahyah yang diturunkan pada separuh masa kedua meletakkan keputusan di luar keraguan dengan sepakan percuma pada masa kecederaan.

Walaupun meraih tiga mata, Sabah kekal di tangga kedua tercorot di atas Kelantan United dengan lima mata daripada satu kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.