JDT julang Piala Malaysia untuk kali keempat

8 Dec 2023 • 11:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan keunggulan dalam kancah bola sepak Malaysia selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 untuk memenangi Piala Malaysia malam ini.

Final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dihadiri oleh 80,550 penyokong kedua belah pasukan.

Selepas perlawanan dimulakan JDT membuka langkah kanan menerusi import dari Brazil Bergson da Silva yang menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-enam perlawanan.

Tidak mahu mengaku kalah, Terengganu FC mengikat kedudukan menerusi pemain import dari Croatia Ivan Mamut juga melalui sepakan penalti di minit ke-21.

Keadaan 1-1 kekal hingga separuh masa pertama tamat.

Selepas aksi bermula kembali pemain gantian Muhamad Feroz Baharudin menanduk masuk sepakan sudut Heberty untuk meletakkan JDT di hadapan di minit ke-73

Kemudian bintang muda JDT Arif Aiman Mohd Hanapi mengesahkan Piala Malaysia kekal dalam dakapan Harimau Selatan dengan menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan.

Dengan kemenangan ini JDT menyapu bersih semua trofi yang dipertandingkan dalam saingan bola sepak negara musim ini.

Sebelum ini JDT telah merangkul Piala Sumbangsih, Kejuaraan Liga Super, dan Piala FA.

Ini adalah musim kedua berturut-turut JDT memenangi empat trofi dalam satu musim dan merupakan kali keempat memenangi Piala Malaysia iaitu pada 2017, 2019, 2022 dan 2023. — 8 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved