JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut

LocalFootball
13 Jan 2025 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Skuad kendalian Hector Bidoglio mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super musim ini. Foto Facebook JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022, selepas menewaskan Sabah FC, Sabtu lalu.

Kemenangan 4-0 yang dicatatkan di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Ibrahim, menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super musim ini.

JDT menerusi kenyataan di laman Facebook kelab itu, memaklumkan bahawa kejayaan tersebut sekali gus memecahkan rekod sendiri yang diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada 19 Julai 2019, iaitu kemenangan berterusan paling banyak sebanyak 28 perlawanan.

Pada 2019, sebuah media tempatan melaporkan JDT mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pasukan dalam negara yang berjaya menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menjuarai Liga Super selama enam kali berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan itu mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, bermula tahun 2013 hingga 2017 dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan liga pada musim 2016. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved