Lakar Sejarah! Natasha Roslan Jadi Pemain Boling Wanita Negara Yang Pertama Menjuarai Piala Dunia

11 Jan 2025 • 12:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Atlet boling wanita negara, Natasha Roslan telah melakar sejarah apabila atlet berusia 28 tahun itu menjadi pemain boling wanita pertama negara yang menjuarai Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi platform X semalam telah mengucapkan tahniah kepada Natasha susulan pencapaiannya dalam Kejohanan Piala Dunia itu.

image is not available

Selain itu, PMX turut mengucapkan sekalung tahniah kepada atlet boling lelaki negara iaitu Rafiq Ismail yang berjaya meraih pingat perak bagi acara perseorangan lelaki.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berharap agar kejayaan atlet-atlet Malaysia di kejohanan tersebut akan menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Memetik laporan Astro AWANI, sebelum Natasha memenangi kejohanan itu di Hong Kong semalam, negara Malaysia telah 53 tahun tidak merangkul kejuaraan di Kejohanan Piala Dunia bagi kategori wanita.

Tahniah diucapkan!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.