Jebat pun ‘happy’! Sharnaaz Ahmad bercuti dengan bekas isteri, kekasih raih pujian ramai

12 Dec 2023 • 10:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sharnaaz Ahmad bercuti dengan bekas isteri kekasih

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad berkongsi video bercuti dengan kekasih, Amelia Christie dan bekas isteri Noor Nabila serta anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad sehingga meraih pujian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sharnaaz memuat naik satu video memaparkan dia sedang bersiar-siar di Tokyo, Jepun bersama Amelia, Nabila dan Jebat.

Sharnaaz Ahmad bercuti dengan bekas isteri dan kekasih

Pada mulanya, video berdurasi 23 saat itu memaparkan Jebat sedang memegang tangannya sebelum melepaskan lalu berjalan ke arah Nabila.

image is not available

Kanak-kanak berusia lima tahun tersebut kemudian memeluk ibunya seketika sebelum berjalan ke arah Amelia bagi memeluk kekasih baharu bapanya pula.

image is not available

Menerusi video itu juga, mereka dilihat sangat gembira dengan meluangkan masa bersama selain terhibur dengan telatah Jebat.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Sharnaaz dan Nabila yang mengutamakan anak mereka walaupun sudah lama berpisah.

Respek kat korang!

image is not available

Bertuahnya Jebat….

image is not available

Dalam pada itu, ada juga netizen mencadangkan kepada ibu bapa yang sudah bercerai supaya mencontohi tindakan pasangan berkenaan.

Tolong contohi mereka!

image is not available

Banyak benda kita boleh belajar dari video ni….

image is not available

Namun begitu, terdapat juga segelintir individu meninggalkan nasihat kepada netizen yang mahu Sharnaaz dan Nabila kembali bersama untuk menghormati perasaan Amelia.

Sharnaaz bercuti dengan bekas isteri dan kekasih, tolong hormat perasaan orang lain!

image is not available

Sementara itu, menerusi satu InstaStory, Amelia juga memuat naik video memaparkan dia sedang berjalan bersama Nabila lalu mencapai tangan dan memegangnya. Perkongsian tersebut turut dikongsi semula oleh Sharnaaz dan Nabila.

image is not available

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada Mac 2017 namun bercerai tiga tahun selepas itu. Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad & Amelia Christie