ByteDance Sedang Melatih Model AI Mercu Baharu Setara Mythos

Technology
7 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ByteDance Sedang Melatih Model AI Mercu Baharu Setara Mythos

ByteDance, syarikat induk sebalik TikTok sedia mempunyai beberapa penawaran berasaskan kecerdasan buatan di China, selain turut menawarkan model untuk penjanaan video dinamakan SeedDance. Terbaru, ia dilaporkan ByteDance telah memulakan proses melatih model AI terbaru mereka.

Model baharu ini dikatakan mempunyai parameter sebanyak 10 trilion, dan dijangka setara saiz sistem model Mythos yang dibangunkan Anthropic. Sebelum ini, ia dikatakan Mythos 5 menggunakan 8 trilion parameter, sementara Fable 5 sebanyak 5 trilion.

Model yang sedang dilatih Bytedance juga adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding dengan Kimi K3 yang dibangunkan Moonshot, satu lagi syarikat berpusat di China.

Model yang dibangunkan ByteDance juga dijangka akan menawarkan keupayaan dan kepintaran lebih tinggi, dan mungkin pada masa yang sama turut dioptimasikan untuk pengaturcaraan dan penaakulan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah model baharu ini akan diperkenalkan ByteDance. Namun, daripada perbandingan kebelakangan ini, pelbagai syarikat China giat berlumba antara satu sama lain dalam pembangunan model yang lebih berupaya tinggi – kadang-kala menyaingi atau lebih baik berbanding model barat. Mungkin dalam masa 6 bulan akan datang, kita akan lihat pencapaian terbaru daripada model-model yang dibangunkan di China.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved