Jefri Nichol Jadi ‘Pekerja’ Kilang Kondom Di Pontian, Baru Tahu Susah Nak ‘Check’ Bocor

LocalEntertainment
14 Jan 2026 • 2:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Siapa sangka, pelakon terkenal Indonesia Jefri Nichol tiba-tiba muncul di Pontian, Johor. Bukan untuk bercuti, tapi untuk lawatan rasmi ke sebuah kilang pembuatan kondom!

Kehadiran Jefri itu membuatkan netizen Malaysia terhibur. Mana taknya, Jefri sendiri turun padang ambil pengalaman sebagai pekerja kilang.

Jefri jadi duta kondom

image is not available

Jefri berkongsi yang dia perlu memeriksa kondom satu per satu bagi memastikan tiada kebocoran sebelum ia dipasarkan.

Bukan kerja mudah, kerana dalam satu syif saja, pekerja perlu menguji sekitar 12,000 unit!

image is not available
Screenshot

Selain melawat kilang, Jefri juga sempat ‘lepak’ tepi jalan membeli durian. Netizen kata nampak macam pekerja kilang betul.

Pssttt! Tak semua selebriti sanggup ‘kotor tangan’ demi memahami proses kerja di sebalik jenama yang mereka wakili. Tapi Jefri Nichol buktikan sebaliknya bukan saja masuk kilang, siap pegang dan periksa produk satu-satu.

Kredit: Instagram Jefri Nichol
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Jefri Nichol Jadi ‘Pekerja’ Kilang Kondom Di Pontian, Baru Tahu Susah Nak ‘Check’ Bocor appeared first on Oh! Media.